Wednesday 12 November 2014

TESTIMONI HABBATUS SAUDA

Resdung Dan Jerawat Berkurangan.

Saya seorang pelajar IPT. Pertama kali saya dikenalkan habbatus sauda oleh kakak saya. Terus terang saya tidak menaruh harapan tinggi keberkesanan produk saranan rasulullah s.a.w ini (berdosanya saya!). Namun apabila mula memakannya hanya satu biji pagi dan 1 biji sebelum tidur, hanya beberapa hari resdung yang saya alami makin kurang di mana hidung, telinga dan wajah saya semakin hilang gatal-gatal. Dan semakin lama jerawat saya semakin berkurangan. Tiada lagi jerawat batu yang memedihkan dan (malu) serta saya juga selesa dengan telinga dan hidung saya tidak gatal-gatal lagi. Saya suka habbatus sauda!

Annim, pelajar IPT, Kuantan, Pahang.


Sembuh Pelbagai Penyakit

Saya sering sakit-sakit sejak kecil, dari penyakit gastrik,kecing kotor( kadang2) appendik, senggugut, buasir dan macam-macam.Ibu bapa dan suami saya berusaha ke merata tempat tidak terkecuali hospital dan bertemu pakar. Makanan kesihatan juga telah pelbagai jenis dan jenama yang dicuba. Sudah beribu-ribu ringgit telah dihabiskan. Kadangkala sembuh namun kadangkala sakit datang kembali. Ditakdirkan Allah, saya ditemukan habbatus sauda. Untuk awalnya saya memakan yang serbuk hampir 2 tahun. Penyakit agak berkurangan , kencing kotor, gastrik dan buasir boleh dikatakan sembuh. Namun apabila saya mula memakan kapsul berisi minyak habbatus sauda. Ajaib sekali hampir kesemua masalah saya selesai! Tindakannya pantas dan kita tidak terasa memakannya. Malahan, tubuh juga jadi semakin ringan beribadah dan dengan izinnya kekhusyukan bertambah. Alhamdulillah. Kini saya tetap terus mengambil habbatus sauda serbuk dan kapsul, cuma dahulu saya mengambilnya 6 biji sehari, kini hanya 2 atau 4 biji sahaja sehari. Saya sarankan semua umat yang bernama Islam patut memiliki habbatus sauda di dalam rumah mereka kerana banyak sekali keberkatan yang Allah beri.

Aishah, Kuantan, Pahang.



Penyakit 'Zahir' Dan 'Batin' Hilang.

Saya dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang agar kasar dan baran. Namun sejak berkahwin dan pergaulan dengan suami dan orang sekeliling yang lebih lemah lembut dan bertolak ansur dan mungkin pemakan dan ibadah (dengan izin Allah) sedikit sebanyak mengubah perwatakan saya. Namun, apabila pulang sesekali ke kampung dan bertemu keluarga membuatkan saya terpana kerana kebiasan 'kasar' itu tidak berubah sehingga memang sering kami sekeluarga bercakaran. Namun, dengan izin Allah, habbatus sauda yang saya berikan kepada ibu bapa saya dan adik beradik lain 'mengubah' sikap mereka yang dahulunya suka cakap menengking-nengking, berkata perkataan kasar, pemarah, sangat jauh berkurang. Subhanallah, niat saya hanya mereka sihat dari kencing manis, darah tinggi dan resdung dan pelbagai penyakit fizikal lain, namun Allah turut mengubat penyakit 'batin' mereka. Alhamdulillah, saya tidak pernah ragu-ragu dengan saranan nabi saw lebih-lebih lagi habbatus sauda.


Zulaikha, Kerani, Kuala Lumpur.



'Gangguan' Dapat dikurangkan

Saya tidak tahu apa puncanya dahulu saya tidak boleh mendengar ayat-ayat suci al-Quran sama ada di tv , mp3 atau orang mengaji berhampiran saya lebih-lebih lagi pada waktu malam. Saya akan berasa seram sejuk sehingga kadangkala tidak dapat tidur. Berikutan itu, saya dikecam teruk oleh rakan sekolej dengan mengatakan saya 'ada hantu'. Saya agak terkesan dengan hinaan mereka kerana saya perempuan bertudung dan walaupun tidak penuh 5 waktu saya berusaha untuk solat. Akhirnya,  saya diperkenal kapsul habbatus sauda. Pertama kali memakannya saya berasa sakit dada namun masih terkawal, saya meneruskan makan dan Alhamdulillah, saya bukan sahaja boleh mendengar ayat-ayat suci Al-Quran pada bila-bila masa, malah saya juga diberi keringanan oleh Allah untuk boleh membaca Yassin 2-4 minggu sekali. Saya bersyukur, walaupun tidak selalu, namun jauh lebih baik berbanding dahulu. Dan kini, Allah melorongkan saya untuk bertemu ustaz untuk merawat saya.

Zai, Pelajar IPT, Terengganu.






Semakin Kurang Merokok.

Saya seorang perokok tegar sejak remaja lagi. Kini usia saya sudah separuh abad. Duit memang banyak dihabiskan kerana rokok. Dahulu saya merokok sekotak sehari kadang-kadang lebih sewaktu tension dan bermasalah. Bayangkan berapa banyak wang saya dihabiskan! Isteri sudah berkali-kali menasihati malahan kadangkala menjadi pertengkaran kecil antara kami. Sudah ternyata dia membandingkan duit dapur dengan duit rokok saya dan dia juga diserang penyakit gara-gara asap rokok saya. Walaupun sebelum ini memang berkali-kali saya cuba berhenti merokok namun tidak pernah pun bertahan lama. Namun begitu, takdir Allah telah menentukan segalanya. Oleh kerana isteri memakan habbatus sauda, maka dia turut memberinya kepada saya hanya 2-4 biji sehari namun tidak tetap (kerana saya hanya makan jika isteri yang beri).  Tujuannya untuk kesihatan yang lain, namun diizinkan Allah, ketagihan saya berkurang dan saya dapat mengawalnya. Jika dahulu 7 kotak atau lebih memang untuk seminggu kini untuk 2-3 bulan ini sejak mengamalkan habbatus sauda hanya sekitar 2-3 kotak sahaja seminggu. Kadangkala kurang lagi. Duit jimat, rumahtangga berkat dan ibadah pun mudah. Alhamdulillah.Saya sarankan kesemua perokok patut mengambil habbatus sauda untuk mnghntikan ketagihan mereka.

Azman, Peniaga, Terengganu.



Kulit licin dan parut jerawat di wajah semakin berkurangan.

Sebagai remaja tentulah saya inginkan kulit wajah yang cantik dan licin. Saya ada memakai satu produk kecantikan namun kebetulan sudah habis. Dan produk tersebut agak mahal dan 'kecil'  dan cepat habis. Bagi saya seorang pelajar tidak dapat beli secara rutin melainkan bersabar sehingga cukup wang baru dapat dibeli. Saya memang memakan habbatus sauda (namun tidak rutin) yang dikongsi kakak saya. Dia ada menyarankan supaya membuka kapsul itu minyaknya disapu sebelum tidur. Hakikatnya sudah lama dia menyarankan pada saya, namun tidak tergerak oleh saya untuk melakukannya. Ditakdirkan oleh kerana produk saya pun sudah habis, maka saya pun 'mencubalah' pada suatu hari sebelum tidur disapukan rata-rata pada wajah. Esoknya cuci bersih. Hasilnya, wah.. baru beberapa kali pemakaian (bukan setiap hari) parut jerawat saya semakin pudar, lubang kerana saya selalu memicitnya dengan jari juga mengecil, jerawat hilang, kulit semakin licin dan wajah semakin cerah. Saya tidak terlalu perasan namun ramai sekali yang menegur.Kini mata saya terbuka dengan keajaiban minyak habbatus sauda. Syukur Alhamdulillah. Anda bila lagi?


Ann, Temerloh, Pahang














No comments:

Post a Comment